Tuesday, June 30, 2009

lelaki...suka?tak suka?

Lelaki suka:

  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:

  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego
Nas: i do agree wif most of the points....memang sgt2 berkaitan dgn life aku...patutla dia pernah cakap kat aku perempuan mcmn dia nak aku jadi...supaya aku jadi perempuan yg dia suka....aku faham skang....:)

Saturday, June 27, 2009

direct questions

A - Available
- single but not available

B - Best Friend
- ayom, diana n aini

C - Crush
- xde kot

D - Dad's Name
- mohd ariffin

E - Easiest Person To Talk To
- my mum n my hubby

F - Favorite Band
- xde la yg feveret..dengar gitu2 je

G - Gummy Bears Or Worms
- hmmm...

H - Hometown
- perak

I - Instrument
- xde

J - Job
- farmasi

K - Kids
- xkawen lagi

L - Longest Car Ride
- g mana eh..

M - Milk Flavor
- vanilla n coklat

N - Number Of Siblings
- 4

O - One Wish
- nak kawen ;)

P - Phobias
- xde kot

Q - Favorite Quote
- hmmm.....6 rights...hehehe..org yg amik farmasi tau r maksudnya..hehehe

R - Reason To Smile
- hahaha..mana xnya..aku mintak kad raya dari pakwe aku..dia cakap..."*** ni memang r mata kad...mana *** nk cari kad utk ***...xjumpa pn.." geram tol..hahahaha..da r birthday aku aritu xbg kad....aku akan pastikan dia bg aku kad raya....hahahaha

S - Song You Last Heard
- hahaha....lagu pe tah..msg ringtone hp aku

T - Time You Woke Up
- hahaha..da 2 kali aku woke up arini..masa sahur td...kul 5 am..pastu tdo balik...tghr br aku bangun...malam td aku xtdo.....

U - Unknown Fact About Me
- hahaha...unknown...mesti r aku pun xtau..hahaha

V - Vegetable
- tibai je

W - Worst Habits
- xde la smp worst..bad je de la....:(

X - X-Rays You've Had
- chest x-ray

Y - Your Favorite Food
- mak aku masak pe je..sume sodap...nyam2...

Z - Zodiac Sign
- aries

Tuesday, June 23, 2009

masih suami isteri kah di alam akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Friday, June 19, 2009

keistimewaan wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Tuesday, June 16, 2009

25 sebab suami 'mental'...hahahaha :)

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “Malam nih I jemput Lina dan Anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar mana2 dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie.” sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan hijau kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik opis boy tahan I ..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. “i dah kata jangan kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. “eh cik abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…GRO universiti mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak pai daging dan spaghetti kambing ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie.”..adik u datang tadi nak pinjam berus gigi, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah di malam Jumaat. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama Susuk nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak kacau dodol…..”

Monday, June 15, 2009

lelaki handsome vs lelaki tak handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Saturday, June 13, 2009

tentang wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Thursday, June 11, 2009

13 tanda kite da jatoh cinta

Kalo kite nak tau sama ada kite ni da jatuh cinta dengan some1, kite leh tau apabila....

1. Kite takkan marah lama2 sgt dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan kite kat dia....(tp kekadang je la...:))

2. Kite akan sentiasa rindu kat dia....

3. Bila jalan dengan dia, kite akan jalan dgn perlahan...(sj nak abiskan masa sama2..hahaha)

4. Kite akan tersipu-sipu malu bila de dgn dia...

5. Bila duk fikir tentang diri dia, jantung kite akan berdegup pantas....(padahal baru pas lari...;))

6. Hanya dengan mendengar suara dia, kite akan tersenyum tanpa sebab....:)

7. Bile kite tgk dia, kite da tak peduli orang kat sekeliling...macam kite tgk dia sorg je...

8. Kite akan mula dengar lagu yang berirama balada....(hahaha...kadang2 aku dgr lagu sedih2 pastu kena marah dgn pakwe aku sebab dgr lagu sedih....hahaha..)

9. Dia sentiasa di fikiran kite.

10. Kite akan sentiasa terhidu baunya....(hmmm...yeke....;))

11. Kite akan sedar yang kite akan tersenyum bila pikirkan ttg diri dia...(slalu sangat..sebab banyak cite klakar...)

12. Kite akan lakukan apa sahaja untuk diri dia....

13. Bila kite baca notis ni...pada masa yang sama...ada seseorang di dalam fikiran kite....sape lagi...die la...

suka ke cinta?

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Wednesday, June 10, 2009

25 actions to say ‘I Love You’

1. Place notes in your lover’s lunch telling him how much you love her/him.

2. Page you sweetheart with an I Love You page.

3. Give her/him a soft kiss.

4. Make everyday things special.

5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem in it.

6. Listen to her/him every word.

7. Making a list of everything you love about them. No matter how stupid.

8. Spend quality time with the one you love.

9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, “I love you.”

10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.

11. Cook them their favorite meal.

12. Hold each other when you fall asleep.

13. Just be together.

14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.

15. Sending romantic postcards on a daily basis.

16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen roses and dinner, just because.

17. Spend all week thinking of something special for the weekend and then… do it!

18. Give her/him a loving smile from across the room.

19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each others grasp and give it to your love as a reminder of your passion.

20. If you live quite a distance from your love, surprise them with a visit.

21. When she/he is asleep in the morning, cover her/him with rose petals and wake her/him up to an I love you breakfast in bed.

22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=See How Much I Love You.

23. Have a romantic weekend.

24. For a week, smothering your spouse with all the small intimate things they like.

25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he/she feels sick,to brighten his day.

8C yg wat suami xsuka isteri

C1. CABAR

Org laki nih de ego dorang sendiri. So, dorang nih memang paling x ske dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita kena tau batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!" Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami wat betul2 isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni maksudnya keji dari segi perangai di mana seseorang wanita itu langsung tak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang macam cabul gak la. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

De gak wanita yg cantik tapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot..(heheheh...) Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… De isteri kata...mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun...(jgn mekap tebal2...nanti laki kite lari...da mcm badut..hehehehe)

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu sampai pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih2an… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…(tp cemburu kadang2 ok gak...lagi teruk kalau da xcemburu langsung....;p)

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.....

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….(hehehehehe......)

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..


Nas: insyaallah mudah2an aku xla mcm tu...sentiasa berdoa agar aku menjadi yg terbaik utk laki aku nanti...:)

8 sikap wanita yg laki suka

Banyak laki yg terpikat kat wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu wat laki berasa relax masa sedang stress, cemas dan gelisah....dan senang hati ketika nak bermanja2...xyahla nak tunggu sampai melahirkan anak baru nak tonjolkan sikap keibuan..sume wanita de potensi keibuan dalam diri masing2.

1. Keanak2kan
Sifat keanak2kan seorang wanita leh jadi daya tarikan di mata lelaki tetapi berbatas la... Mereka rasa terhibur dengan keletah anda..but, for sure la bukan sifat keanak2kan ygmelampau dan menyakitkan hati tapi sikap keanak2kan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria wat laki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita wat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti dan akan berbincang.

3. Menghargai
Wanita yg menghargai laki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki suka wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan laki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walaupun da beranak-pinak. Siapa yang tak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik kat wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Bila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. So, dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…

Tuesday, June 9, 2009

kenalkan....


ni la laki aku.....nsem n sgt baik.....aku syg sgt kat die...

Tuesday, June 2, 2009

20 sebab tak perlu mintak maaf

Kalo kite wat salah...da tentu kite perlu mintak maaf terlebih dahulu...tp de gak org yg slalo mintak maaf walaupun bukan kita yang wat salah... Demi nak jaga hati or sebagai tanda hormat...kite yg mengalah...

Jangan wat gitu! Kalo terbukti kesalahan tu bukan berpunca dari kite...adalah menjadi hak kite untuk tidak meminta maaf... Kat sini de 20 sebab kenapa kite tak yah nk mintak maaf...

1 – PERASAAN KITE
Apa yang kite rasa dan fikir...sepenuhnya adalah hak kite. So, xyahla rasa bersalah kalau apa yang kite rasakan tu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kite sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kite berhak mempertahankan pendapat kite sebab...setiap individu mempunyai sifat ego masing2. Bukan sume orang tau menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kite menghargai perasaan dorang. Bukan sume orang berupaya menyelami perasaan kite...selain dari diri kite sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN
Maybe gaji kite lagi tinggi dari dia ataupun kite lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang2 terdekat dengan kite. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kite, pedulikan saja!! Kite harus sentiasa berfikiran positif dan anggap inilah kelebihan yang kite miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kite yg dimiliki sebab anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU
X yahla nak minta maaf di atas keputusan yang pernah kite laksanakan dulu sebab apa jua keputusan yang kite wat bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kite wat, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kite tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kite dan ianya amat mempengaruhi hidup pada masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kite tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN
Tak sume orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kite jangan risau jika diri kite ni menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab2 tertentu kenapa kite yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kite tak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kite yang mendapat lebih perhatian berbanding org laen. Jika kite nak lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kite berjaya menghindarinya. Jangan nak libatkan orang lain jika kite tak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kite rasa bukan berpunca dari silap kite...kite berhak meminta putus. Untuk apa kite terus menyeksa diri untuk terus bersama dgn dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kite juga tak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kite ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kite tak perlu takut nak berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kite. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kite dan dia...terpulanglah pada dia sama ada boleh menerima kejujuran kite ataupun tak.

7 – BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kite dah tertarik pada orang laen sedangkan kite baru je menjalinkan hubungan dengan dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kite tak dapat menerima cara dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang daripada kite terus menipu dia dan diri kite sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kite tak dapat menerima dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kite terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima dia, lebih baik kite bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tak terlajak jauh.

8 – TAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kite mementingkan cita rasa kite sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit kalau pasangan yang kite pilih langsung tidak menepati cita rasa kite. Da tentu kite mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kite sepatutnya mencari dia yang de ciri-ciri yang kite impikan. Walaupun takla seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri dia.

9 – TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kite harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kite takkan berpuas hati. Kite mahu bertanya sehinggalah kite faham. Jangan rasa bersalah kalau kite harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kite tu leh wat seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kite nak mintak agar gaji/pangkat kite dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kite laksanakan selama ini. Sudah tentu kite berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kite nak minta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kite juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kite kena yakin dan lebihkan usaha pada masa akan datang.

11 – MASIH SOLO
Inilah hidup kite! Walaupun ada kalanya kite berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kite. Terpulang pada diri kite sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kite sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kite memilih untuk bersendirian. Mungkin kite perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kite. Pertahankan hobi kite tu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup kite sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kite patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan nak mintak pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kite perlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kite menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kite kerana perkara kecil pun kite tak tau, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Takde faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI KITE
Bila seorang teman memarahi kite kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kite bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kite. Berterus teranglah pada dia yang kite tak wat sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kite. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kite. Yakinkan dirinya yang kite ni seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kite benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kite ni pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kite, pedulikan saja....xrugi pe pun... Janji kite tak langgar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kite minta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kite, tentu nanti ada lak yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kite tu.

17 – ORANG MENUDUH KITE
Jika memang bukan kite yang wat, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kite mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kite agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kite mengaku, alamatnya kite akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kite ni meronta-ronta mengatakan bahawa kite tak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kite ni tak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kite hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tak sesuai dengan jiwa kite. Tapi kalau kite membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kite dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TAK SAMA HALUAN
Kite mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kite takleh wat bersamanya iaitu kite suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kite harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kite takleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kite tak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kite tak wat tugasan tersebut.

Monday, June 1, 2009

sebelom tido

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
--> aku akan menangis puas2....aku off hp...aku akan pastikan dia xkan dapat cari aku lagi...

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
--> hidup bahagia, balas jasa mak n abah aku, rezki berkat n membuak2, suami yg dapat bimbing aku, anak2 yg membahagiakan aku...

3. Whose butt would you like to kick?
--> none...pe punya soklan r...

4. What would you do with a billion dollars?
--> banyak tu....aku x rasa aku perlu sume nya....aku akan simpan sekadar yg mencukupi sebab aku da de keje..so xyah r nak lebih2...aku akan tolong org2 tua dan org susah...

5. Will you fall in love with your best friend?
--> i ve already fall in love...he being my very2 best fren n very2 close to me...

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
--> being loved by someone

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
--> hmmm...tunggu smp da stabil sume r n da ready for it

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
--> never think this before

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actress/actor?
--> xminat r act2 ni...

10. What takes you down the fastest?
--> hmmm...kena tipu...n gaduh dgn pakwe aku.....aku sgt2 down kalau benda2 nih jadi

11. How would you see yourself in ten years time?
--> da de family sendiri....:) maybe bukak kedai farmasi kot..ikut my husband-to-be je...:)

12. What’s your fear?
--> ditinggalkan....:'(

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
--> none

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
--> xmau r...nak hidup bahagia....:)

15. What’s the first thing you do when you wake up?
--> hehehe..tgk hp..:) de x pakwe aku sms aku...

16. Would you give all in a relationship?
--> almost

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
--> aku xpenah r...da de sorg pun cukup...tp to answer this question...aku akan pilih guy yg bleh dengar cakap aku (x maksud yg aku ni queen control), setia dan bukan kaki perempuan...:)

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?
--> hmmm...aku slalunya mudah nak forgive org....aku xkisah...tp aku rasa hubungan lepas tu mesti x rapat da....

19. Do you prefer being single or having a relationship?
--> hehehehe....malas r aku nak jawab...kalau da baca answers soklan2 before this..sure da tau...:)

20. List 5 people to tag:
--> sape2 je.....