Thursday, June 17, 2010

Makan gaji



i m looking for this book......
pls anyone kindly get this book for me............
really need this book.......:)

Memulakan Bisnes Tanpa Tangan Terbakar

Apabila kita ingin memulakan bisnes sendiri, dari mana kita mempelajari ilmu bisnes. Pelbagai ilmu mengendalikan bisnes adalah di luar sana antaranya :

1. Mula bisnes perlu meminjam (buat pinjaman)

2. Mula bisnes mesti ada pejabat

3. Buat bisnes mesti daftar syarikat

4. Buat bisnes dalam bidang yang kita minat

5. Mesti beli perabot baru

6. Mesti kereta besar

dan sebagainya.

Banyak perkara yang disenaraikan di atas adalah antara kemahiran yang membuatkan bisnes kita lingkup, di mana tangan terbakar (duit yang dilaburkan hangus).

Apabila kita ingin menjadi usahawan, perkara pertama yang kita perlu kenal pasti adakah ktia ada bakat. Jika tiada bakat, bisnes yang kita ceburi itu akan lingkup.

Sudahkan kita diiktiraf sebagai seorang usahawan. Seorang usahawan mampu menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200.

Sudahkan kita memiliki ilmu yang dapat membuatkan kita tidak akan gagal? Buat bisnes kita memerlukan kemahiran supaya kita tidak gagal, jika tidak kita akan berputus asa dan semangat diri jatuh.

Memulakan bisnes dengan modal RM 1,000, RM 10,000, RM 100,000 ? Kursus berhijrah menjadi usahawan membantu kita memulakan pelbagai jenis bisnes yang kita suka dengan hanya bermodalkan apa yang ada ditangan kita. Kita tidak perlu duit sebanyak itu bagi memulakan bisnes sendiri yang boleh menghasilkan pendapatan ratusan ribuan ringgit.

Mulakan bisnes kita yang berjaya dengan apa yang di tangan kita.

Membiayai Kehidupan Ataupun Gaya Hidup?

Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.

Apabila kita membiayai kehidupan, kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan sementara hidup di dunia ini.

Apabila kita membiayai gaya hidup, kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (hutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.

Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan, bukan kekayaan itu sendiri. Jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita dan mereka tidak rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Tetamu juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah akibat anak-anak kita.

Apabila kita membiayai gaya hidup, duit gaji yang kita terima sentiasa tidak cukup, walaupun kita sudah menerima 3 kali ganda gaji yang lebih besar, kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar hutang dan hiasan (simbol kekayaan @ simbol palsu) yang kita akan beli secara hutang.

Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic (Contohnya) RM 370.

BELIAN TV Pensonic di atas secara TUNAI.

Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen RM 3,666

BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).

Untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang tidak cukup, kita perlu tambahkan kawan dan sahabat kita yang hidup membiayai kehidupan. Insyaa-Allah nilai diri kita akan semakin lama semakin meningkat.

Mengikut kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak perlu benda-benda mahal untuk dilekatkan kepada badan, ataupun di sekeliling mereka.

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita yang sentiasa berusaha bagi membiayai kehidupan di negara yang sementara ini, insyaa-Allah.

Baca doa ini selalu, “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR’ Amin.

Duit Bocor Di Internet : Ramai Yang Terperdaya

Apabila semakin hari, semakin ramai individu yang memiliki keupayaan melayari internet. Antara perangkap yang ada dalam dunia internet, adalah perangkap ‘Impulse Buying’ iaitu sebahagian dari penjual dalam internet cuba mengoda nafsu kita dan memaksa kita membuat keputusan ketika nafsu sedang menguasai kita.

Antara cara penjual Penggoda Nafsu adalah satu daripadanya menawarkan harga diskaun jika kita membuat keputusan terus (SEKARANG). Bayaran dipermudahkan supaya kita terus dipengaruhi dengan bayaran kad kredit ataupun pembayaran maybank2u ataupun banking online.

Elakkan dari membeli barangan, perkhidmatan termasuk ebook ketika kita melawat laman itu pada kali pertama, tangguhkan pembelian selama dua hari sekurang-kurangnya bagi memastikan kita dapat membuat keputusan dengan WARAS.

Banyak barangan, termasuk kursus, bengkel dan ebook kita tidak jadi membelinya selepas menanguhkan keputusan untuk membeli selepas 2 hari.

Bahasa-bahasa yang digunakan dalam usaha mempengaruhi kita amat berbahaya apabila ianya meningkatkan nafsu, dan semangat berkobar-kobar untuk membelanjakan duit ataupun menambah hutang baru.

Ada beberapa klien, habis ribuan ringgit kerana mendaftar kursus tidak perlu disebabkan godaan ‘impulse buying’.

Ada klien yang sudah banyak kali tertipu ataupun mengalami kerugian apabila menyertai, tawaran, skim yang mendedahkan KAYA, KAYA, KAYA.

Seorang klien memaklumkan beliau sudah menangung kerugian menyamai nilai sebuah perodua kancil baru. Menyesal kerana duit itu tidak digunakan bagi membeli kereta kancil untuk isteri seperti dipinta sebelum ditipu melalui internet.

Katakan TIDAK pada hutang!!!

1. Tundukkan nafsu
- Memahami perbezaan kehendak dan keperluan

2. Hidup dalam kesederhanaan

3. Belanja mengikut belanjawan
- Senarai barangan untuk berbelanja

4. Beri dahulu, baru terima

5. Gunakan pinjaman secara bijak

6. Simpan secara berterusan

Bagaimana bebas daripada hutang?

1. Sediakan pelan bertulis
- jumlah hutang dan pinjaman

2. Bayar ikut kaedah sampul (peruntukan)
e.g sampul 1 (simpanan). sampul 2 (rumah), sampul 3 (kereta), sampul 4 (barang dapur), sampul 5 (duit poket), sampul 6 (utiliti e.g minyak) dan sampul 7 (pinjaman)

3. Ubah gaya hidup

4. Bayar lebih daripada bayaran minimum

5. Jangan buat hutang baru

6. Hentikan penggunaan kad kredit

Wednesday, June 16, 2010

the karate kid



hahahahaha....bes giler cite nih....
kelakar dan sedih....
daripada 5 star..aku kasi 4 setengah
the best movie 2010 selain....
shutter island ;)
hehehehehehe....btw...
shutter island my 1st favourite movie
xrugi tengok the karate kid ;););)

Urus kewangan dengan bijak

1. Bedah siasat wang gaji
- Mengetahui aliran belanja setiap bulan
- Memastikan belanja tidak melebihi gaji

2. Senarai perbelanjaan
- Senaraikan semua perbelanjaan; harian, bulanan, tahunan
- Masukkan jumlah setiap perbelanjaan

3. Tentukan perbelanjaan sebulan
Gaji bersih - simpanan = perbelanjaan

4. Kurangkan perbelanjaan
- Memastikan perbelanjaan tidak melebihi 70%

5. Membuat belanjawan bulanan dan tahunan (pelan kewangan)
* belanjawan = pelan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan
a. catat segala pendapatan yang diterima pada bulan hadapan dan segala
perbelanjaan yang dijangka berlaku
b. kesan sekiranya wujud permasalahan aliran tunai
c. ambil tindakan penyelesaian masalah
d. buat semakan, kajian, penilaian dan penentuan belanjawan sebenar
e. pastikan perbelanjaan kurang daripada pendapatan
f. kemaskini belanjawan dari semasa ke semasa

6. Merekod dan mengawasi setiap perbelanjaan
- Mempunyai azam dan niat yang disusuli dengan usaha yang berterusan
- Rekod setiap bulan

7. Menilai jumlah dan jenis perbelanjaan

8. Berbelanja mengikut kemampuan bukannya kemahuan

9. Membuat simpanan
- Pastikan duit masuk melebihi duit keluar
- Simpanan = 3% daripada gaji bulanan

"Pelajari cara untuk tidak berbelanja kerana semua orang tahu cara membelanjakannya"

Hidup TENANG walaupun BERHUTANG



aku baru sahaja mengkhatamkan buku nih
bagus sebenarnya content buku nih
dapat mengingatkan kepada org yg suka berhutang
aku???
hahahahaha
wat masa nih aku cuma berhutang kereta la....;)
yg paling penting aku xde kad kredit......
harap2 aku xkan berhutang lagi pe2 pasni
whatever pun...after this post...
aku akan share skit2 pe yg aku baca
...
adios!!!!

Saturday, June 12, 2010

perancangan kewangan

sekarang aku sedang mempertajamkan diri
dgn ilmu perancangan kewangan

p/s: nak jadi kaya...hahahaha

bosan

;)
hehehehehe...da lama giler aku x update blog
mana x nya...
balik keje je mesti aku tdo
ujung mggu lak tdo n tdo
then..bila aku nak tulis blog
hahahahahahahaa...
k la...aku nak sambung tdo...;)