Apabila semakin hari, semakin ramai individu yang memiliki keupayaan melayari internet. Antara perangkap yang ada dalam dunia internet, adalah perangkap ‘Impulse Buying’ iaitu sebahagian dari penjual dalam internet cuba mengoda nafsu kita dan memaksa kita membuat keputusan ketika nafsu sedang menguasai kita.
Antara cara penjual Penggoda Nafsu adalah satu daripadanya menawarkan harga diskaun jika kita membuat keputusan terus (SEKARANG). Bayaran dipermudahkan supaya kita terus dipengaruhi dengan bayaran kad kredit ataupun pembayaran maybank2u ataupun banking online.
Elakkan dari membeli barangan, perkhidmatan termasuk ebook ketika kita melawat laman itu pada kali pertama, tangguhkan pembelian selama dua hari sekurang-kurangnya bagi memastikan kita dapat membuat keputusan dengan WARAS.
Banyak barangan, termasuk kursus, bengkel dan ebook kita tidak jadi membelinya selepas menanguhkan keputusan untuk membeli selepas 2 hari.
Bahasa-bahasa yang digunakan dalam usaha mempengaruhi kita amat berbahaya apabila ianya meningkatkan nafsu, dan semangat berkobar-kobar untuk membelanjakan duit ataupun menambah hutang baru.
Ada beberapa klien, habis ribuan ringgit kerana mendaftar kursus tidak perlu disebabkan godaan ‘impulse buying’.
Ada klien yang sudah banyak kali tertipu ataupun mengalami kerugian apabila menyertai, tawaran, skim yang mendedahkan KAYA, KAYA, KAYA.
Seorang klien memaklumkan beliau sudah menangung kerugian menyamai nilai sebuah perodua kancil baru. Menyesal kerana duit itu tidak digunakan bagi membeli kereta kancil untuk isteri seperti dipinta sebelum ditipu melalui internet.
No comments:
Post a Comment