Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, September 16, 2009

ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam dikedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."

Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan... Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."

polis

Lawak Polis 1

Seorang pegawai polis menahan seorang Pak Cik kerana tidak menampal sticker "P"

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa
jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...


Lawak Polis 2

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.
Polis : Maner lampu ?
Penunggang : Tuuuu (sambil memuncungkan bibirnya) ....ader kat depan tuh ...
Polis : ish .. loyar buruk plak mamat nih ... apsal tak menyala?
Penunggang : Maap la tok ... dah kene potong
Polis : pehal plak mamat ni lampu motor kene potong?
Penunggang : bil tnb tak bayar lagik ...tee hee hee ....(sambil menutup mlulutnya dengan tangan ala2 tersenyum sipu)
Polis : oh loyar buruk ehh ... balai citer ...


Lawak Polis 3

Seorang polis menahan seorang penunggang motosikal kerana lampu hadapannya tidak menyala.
polis : pesal lampu depan tak nyala? ko cakap pasal bil tnb lagi aku "kompang" kang!
penunggang : ala tok ... sini lampu, sana lampu, mana2 pun lampu ... nak wat per lampu lagi tok ..
polis : oooo ... ko loyar buruk lagi eh. siap ko ...

pegawai polis pun lantas memancitkan tayar motor penunggang motosikal itu ..

penunggang : apa ni tok ... tayar saya tak der angin cam ner nak jalan ...
polis : sini angin, sana angin, mana2 pun angin ... nak wat per angin lagik!

pak pandir

Ok..alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..

Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass..setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..."eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."

*Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..

Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..

Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir."pak ci boleh tengok tiket?" pak pandir kasi tiket..

"Oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"

"yer nak... "

"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"

"Yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."